Wednesday 28 November 2012

Bersiar-siar

Iolls ni baru je balik dari bersiar-siar sekitar IM dengan SiGemuk & Arsyad hehe . Bahagia nya hidup :P . SiGemuk yang beria nak jumpa Arsyad sebenarnya sebab dia dah lama tak jumpa . Lepastu ambil Arsyad dekat rumah ucu then weolls pun pergi jalan-jalan hehehe . Arsyad mula-mula keras lepastu lama-lama dia dah okay sebab beli ice-cream hahaha .



Semangat SiGemuk ni suap Arsyad kehkeh 

Dua hari lepas , aku pun baru jumpa dengan kesayangan ni . Teman dia seharian . Bahagia je rasa haha sebab dari pagi sampai petang kan . Lepas balik tu pulak , terus keluar pergi makan pula dengan ayah . Memang tak lekat dekat rumah le jawabnya . 


B kesayangan tercinta tergemuk terbuncit hihihi . Yang ni picture kelmarin ;)

Eh nanti sambung . Nak pergi pasar malam ;P . BYE !

Haa sambung petang tadi , lepas suap Arsyad makan , aku pun ambil lah biar Arsyad duduk atas aku sbb SiGemuk nak drive lah kan . Tibe-tibe Arsyad tunjuk-tunjuk abang dia SiGemuk ni lah kan . Tengoklah apa yang jadi hahaha


Arsyad duduk atas SiGemuk hahaha


2 orang pemandu aku ni haa

Yang kelakarnya , tangan Arsyad tak lepas dari stereng kehkeh . Tapi masa belok , berbelit tangan dia tak sampai hahaha . YaAllah , happy sangat petang tadi :') . Terima kasih Allah , sebab bagi peluang sebahagia macam petang tadi :')




Tuesday 27 November 2012

Istimewa

Walau apa pun yang dah jadi , dia lah yang paling istimewa dalam hati aku . Bukan orang lain , tapi Dia

Sunday 25 November 2012

Durian

Haa tak habis-habis dengan durian kan . Memang tengah demam durian pun sekarang . Semalam iolls ni free lah , takde apa nak buat dekat rumah . Semua DurianCrepe yang di order pun dah siap . Pagi tu , aku ni dapatlah text dari ucu , dia tanya adik nak ikut tak dia balik Rompin (kampung Uncle) . Barulah aku teringat , theyolls ni nak balik rompin sebab nak makan durian yang dekat tepi rumah uncle tu . Yang theyolls ni excited sangat nak makan durian tu sebab pokok durian yang dekat tepi rumah Uncle iolls ni dah lama tak berbuah . Monopos sekejap kahkah . Tup tup kali ni pokok tu berbuah banyak sikit lah dari biasa . Ada lah dalam 20 biji kan .

Memang best lah kan makan dalam suasana kampung . Iolls ni dahlah takde kampung . Sebelah ibu dekat Pulau Tioman . Pulau okay , no lembu kerbau . Ayam itik angsa adalah itupun wan iolls yang membela . Biasalah , keluarga iolls memang pencinta binatang krik krik . Sebelah ayah pula dekat Seremban . Atuk aku memang orang nogori . Rumah betul-betul dekat sebelah Stadium Paroi . Memang kampung lah namanya kan ? Actually dulu ada kampung dekat Pekan . Tapi semua family ayah dah berhijrah ke KL , Seremban semua hala ke sana . Rumah tu pun dah macam nak roboh iolls tengok .

Masa dekat Rompin semalam , ada sorang customer iolls ni call . Dia nak order DurianCrepe lagi 2 bekas . Hari kelmarin pun dia dah order . Kawan-kawan ucu aku pun ada order . Aku ambik semua tu untuk hari selasa . tiba-tiba customer iolls yang yang tadi tu dia call sekali lagi . Pelik lah jugak kan tapi dia membawa berita gembira kahkah . Dia cakap nak tambah lagi 5 bekas , so total dia nak 7 bekas . Happy gila lah kan aku ni . Hahaha happy sampai terus tertidur , si gemuk text pun tak sedar dah .

Pagi ni , ayah cakap macam ni "tengoklah kalau ada rezeki Rabu ni , dapat durian free" . Woi ! Lagilah aku happy macam monyet dapat pisang kan . Durian free woi kahkah . Hehehe excited nya aku nak tunggu hari Rabu . Ayah iolls ni memang support iolls dalam diam . Aku ni pulak memang lah suka lah jugak kan berniaga . Boleh kata semua kawan-kawan aku tahu aku nak buka cafe satu hari nanti and tema dalam cafe aku ialah zoo hihihi . Macam wallpaper semua bercorak fauna lah . Ada banyak haiwan yang macam teddy bear tu kan . Haa , berangan kan . Impian aku tu woi . One day , insyaallah aku nak usahakan satu cafe dengan hasil titik peluh sendiri ;)

Itupun memang impian arwah ibu dari dulu dah . Dia memang pernah cakap , dia nak buat satu cafe . nanti cafe tu dia nak bagi aku . Sebab dalam adik-beradik aku macam aku sorang lah minat bab-bab macam ni . Hehehe berangan over dah ni . kalau dulu pun memang aku suka berangan dengan arwah ibu . tapi sekarang ni aku berangan sorang takpun dengan ucu aku kehkeh .

Malam semalam , Sigemuk datang sebab nak hantar makanan Dev . Kusangkakan apa yang dia bawak . Rupa-rupanya durian jugak hahaha .___. Weolls have a short date depan rumah lah sekejap semalam kan kehkeh . Dev spoil nak membuang atas tangan gua . Tampar kang baru tahu ?! Nasib aku ni ada kesedaran yang cepat . tengok dia tiba-tiba duduk diam atas lengan dan kaki belakang ter kangkang sikit . Eeee tak senonoh . Actually aku tengah menunggu SiGemuk ni . Dia lambat , so aku pun menaip lah kan . Konon nak bangun pukul 9 hahaha , pukul 10 baru bangun . Lambat 1 jam gemuk .____.

Eh eh dia dah sampai lah . Hihihi bye olls :D

Thursday 22 November 2012

Yesterday

Semalam tengahari dapat call dari aunty , aunty nak minta tolong meng-crepe sebab banyak sangat order . Aku pun tak buat apa-apa di rumah , so dalam lepas zohor tu sampailah aku di sana . Sebelum tu aku dah text SiGemuk tanya yang papa dia ada di rumah ke , dia kata takde . Bukan apa , aku segan bila ada papa dia . Dengan mama dia pun segan tapi kalau ada papa dia lagi segan .

Tup tup bila masuk rumah dia , papa dia tengah tidur atas sofa . Mau tak gerun sekejap aku . Ekspresi muka yang tidak dapat digambarkan kahkah . Tugasku bermula sebagai tukang crepe-ing hahahaha . Sepanjang perjalanan buat crepe tu , aku okay je . Tang papa dia dtg dapur tu yang jadi serba tak kena haha . Aku pun menyibuk-nyibukkan diri lagi buat crepe tu konon-konon tak perasan . Sebenarnya aku mengelak dari nak berbual sebab malu . Tahu tak malu ?!

Tapi . . . . . ada sekali tu tak dapat nak elak jugak sebab papa dia cakap macam ni "Kenapa awak kurus ?" . Tapi aku seperti buat-buat tak faham uncle tanya siapa , aku pun cakap dekat aunty "Eh ? Aida ke ?" . Kehkeh , last-last Tasya yg jawab soalan papa dia . Kihkihkih

Lepas siap everything , aunty lah yang hantar balik . Danish temankan sekali . Yang kelakarnya dalam kereta " Aunty suka betul kalau Unce balik sebab Aunty suka bawak kereta ni . Macam bawak KERETA MAINAN . Sebab kereta ni kan auto , lepastu kecik pulak tu" . . . tergelak aku dengar aunty cakap mcm tu hahaha . Btw , aunty memang pembawa tuah . Masa dekat rumah dia , aku dapat text dari along yg ada orang nak order DC . Alhamdulillah . . .

Okaylah , iolls nak meng-crepe . Bye :D


Wednesday 21 November 2012

Durian Crepe

Setelah berhempas pulas membeli barang-barang untuk buat DC semalam , akhirnya berjaya siapkan by this morning . Kehkeh , masa mula-mula buat tu , bukan main drama lagi . Tangan aku kena hot pan . Melompat aku sebab pedih . Lepastu aku bangun pukul 3 pagi sambung meng-crepe dan akhirnya berjaya siapkan satu adunan dengan filling dia sekali . Dapat dalam 30pcs


Inilah DurianCrepe :)

DurianCrepe ni sangat sedap , seriously . Ini pun belajar dengan Mama SiGemuk . Yela , dah cerita panjang berjela kan dalam previous entry . Masa first time makan , memang nikmat sangat . Rasa macam ice-cream cair dalam mulut . Crepe pula lembut sangat . Sekarang , bila buat sendiri dan berjaya , memang happy gila lah okay . 

Dan dan , DurianCrepe ni open for order . 6pcs for RM10 . Murah kan ? Apa lagi , cepat cuba :D ! Eh , for Kuantan areas only . Add me on facebook : Aida Adlina Radzi :D

Tuesday 20 November 2012

A Day at Someone's House

Teng Teng Teng Teng Teng . . . . .

Semalam iaitu 20/11/2012 , aku ini ada class deco-deco . Deco apa ? Deco cupcakes lah lebih kurang . Sebelum pergi tu , aku dah siap masak nasi lemak & meehoon goreng untuk breakfast . Sebenarnya aku dah lambat nak ke rumah cikgu deco tu sebab aku keluar dari rumah dalam pukul 9.30 pagi . Hati ke ber dup dap dup dap . Luolls  tahu tak sebab apa ? Tahu tak ?! Jeng jeng jeng . . . . .

Sebab

Cikgu deco itu ialah Mama kepada SiGemuk hahaha ._____. Sebab dah lama tak jumpa kan , tulah pasai dup dap dup dap . Aku bawak NasiLemak sebagai pengeras , amboi-amboi haha . Sesampainya aku disitu haaa , mama dia lah sambut kan . mama dia makan dulu , lepastu barulah start kelas bersama Aunty . Aku diberikan pen dan kertas untuk salin resepi . Aku ni pun memang bangang , nak belajar tapi tak bawak pen dengan notebook macam otak ni boleh ingat semua benda lah kan . Setelah selesai menyalin resepi , aku dan Aunty pun start memutar buttercream sebab nak deco memang sesuai guna buttercream lah kan .

Aku nak belajar dengan Aunty sebab Aunty kira dah expert . Aku ni terkial-kial lagi . Nak pergi class deco tak berkesempatan . Nasib lah belas ihsan Aunty , dia tolong ajar aku . Mula-mula tu , buat deco macam biasa . Yang paling susah tahu tak buat apa ?! Tahu tak ?! nak buat roses .____. Orang lain buat roses kembang dan mekar , dapat ke aku , roses kuncup . Tapi cantik okay . Roses style terbaru aku sorang boleh buat kehkeh . Masalah aku ialah , tangan aku asyik tak betul , sepatutnya position 45 darjah , tapi tangan aku entah berapa darjah .

Bak kata Aunty , kalau si Meer ada ni mesti dia cakap aku bengong haha . Aunty tak sampai hati nak cakap ye krik krik . Tengah-tengah melatih tangan buat bunga tu . . . . Aku dengar derap langkah orang turun tangga . Sebelum tu dah dengar dah bunyi pintu tutup-buka-tutup dekat atas . Aku dah dapat agak siapa nak turun . Berdebar gila sebab dah 2 minggu tak jumpa hahaha , over is over . Aku tak toleh belakang pun masa dia dah sampai bawah dan masa dia bercakap dengan Aunty .

Last-last gua yang sopan ni , terasa kaki kerusi ditendang . Hamboi , biadap sungguh . Tapi tu jelah cara-cara kami memulakan komunikasi kan haha . bila gua kalis muka , ceh , nampak lah si dia sedang pakai baju warna oren dah siap mandi . Bagus bagus . Aunty cakap dekat dia , bunga aku tak kembang , asyik kuncup je . Biasalah , dia kan perasaan tahap tak ingat dunia . Dia ambik piping bag dari aku , lepastu buat bunga . Tapi jangan nak terkejut sangat lah kan . . . . .

Dia punya JADI roses kembang cuma tak cantik lah kan hahahahaha , itu ayat mama dia . Aku punya walaupun kuncup , tetap cantik okay . Lepastu dia berambus get lost ke hospital , ambil kereta dekat papa dia . Mama dia pulak pergi ambil Tasya dekat mgs . Aku pulak ? Duduk rumah dia sambung practise . Haa , masa mama dia dah balik tu , mama dia cakap "Aida , pergi je lah pilih pewarna tu . Lepastu deco dekat cupcakes lepastu ambil gambar" hahaha . Mama dia siap bagi buku lagi suruh aku ikut deco dalam buku tu kan .



Tapi , aku ni sebenarnya dah fedup gara-gara bunga . Aku pun konon-konon dah expert ni , cakaplah , "takpelah aunty , aida sambung practise dekat rumah je" . Biasalah remaja kan , cepat fedup hahaha . Lawak sangat ke bengong yang aku gelak ni .__." . Bila dah tiada apa-apa nak buat , aku pun tengok mama dia meng-crepe . Tahu tak apa ? Kalau taktahu pergi google . Memang marvellous DurianCrepe mama dia . Superbly awesome . Ini haa


Ini lah crepe yang belum di isi filling Durian . Gua tengah menghadap mama dia buat crepe lah masa ni . Semerbak bau durian , sedapppppp 

Untuk tidak melengahkan masa lagi , Aku pun membuka peti ais dan mengambil satu DurianCrepe . Aku taktahulah muka aku ni menikmati gila ke apa hahaha sebab ayat Mama SiGemuk cakap dekat adik SiGemuk (Tasya) macam ni "Tasya , tengok muka Aida makan . Tengok tengok" hahaha . Tapi sumpah nikmat , sedap . Seriously . Tapi tak boleh selalu makan untuk orang-orang yang dah berumur ye , tak memasal karang bp anda-anda semua meningkat . Kehkeh


Inilah superbly awesome DurianCrepe 

Serious lain dari yang lain sebab Aunty dah ubah resepi ni , dah tak muak . Sangat sedap . Kalau orang lain yang jual tu , most of them ikut resepi yang dapat dekat kelas . Yang guna "5 Jenis Tepung" ohemjay . Yang ni guna "2 Jenis Tepung" je tapi sedap gila tak cukup satu makan . Kalau jual ni , memang masyukkkkk . Sebekas ada 6 pieces-RM10 . Aku tengok tempahan aunty , sehari tu ada dalam 30 bekas . Ada RM300 sehari . Koo hadoooo ? Kaya aku kalau jual hahaha , Aunty pun suruh aku buat benda ni dan jual sebab memang masyuk lah . 

Panjang lebar cerita aku . Kalau real life ni , sekejap je dah habis aku ber story-mory . Bye olls :D


Sunday 18 November 2012

Pet

Hello gaizzzzzz . Pet ?

Haa , gua ada binatang peliharaan . Gua memang suka binatang . Dulu pernah bela sepasang 'hedgehog'  , kau hadoooo ? Gua bagi nama theyolls "BabyBoy & BabyGirl" . Lepastu umur theyolls tak panjang , theyolls tinggalkan gua :( . SiGemuk kesayangan gua lah jadi penggali kubur depan rumah , galikan kubur untuk hedgehog itewwwww ni . Is sad is sad yaa know :| , ni gua nak tayang gambar arwah BabyBoy & BabyGirl :( . . .




SiGemuk gua pun memang suka binatang . Ada kawan dia sorang tu memang suka gila dekat binatang sampai aku pun terikut-ikut suka . Nasib aku pun ada kawan yang suka binatang kehkeh . Tapi yang lemahnya aku ni , aku tak boleh go lah dengan binatang tak berkaki . Aku geli , lebih-lebih lagi dengan ULAR . Nampak tak kegelian tu , sampai capslock you . SiGemuk gua ni , tak putus asa nak suruh gua pegang ular belaan dia namanya "Nonod" . Haa , tengoklah reaksi gua pegang Nonod .______.




Lepastu SiGemuk kesian dekat aku ni , tiada peneman sebab dia kadang-kadang busy . Dia telah hadiahkan aku seekor musang buah hihihi . Mula-mula weolls bagi baby fox tu nama "devil" . Lepastu ayah gua bising sebab setannnn hahaha , so weolls tukar jadi "Dev" . Dalam masa yg sama , kwn gua ada bela ungka namanya "Demon" . So weolls semua ada pet . Happy gila hihihi , ni gua asyik nak tayang gambar je hah . Jangan marah lah ye jeng jeng jeng . . .


Dev :D


Ini Demon . Ungka kawan gua :D

Umur Demon tak panjang , haritu Demon meninggal :( . Kawan aku tu memang sedih gila vabi . So kdg-kdg bila dia sunyi , dia pinja Dev buat teman . Lepastu datang lagi seekor binatang belaan hehehe . Nama dia "flippy" , meow meow kt rumah aku :D


Flippy yang gemuk . Suka teramat pelokkkkk dia !

Untuk pengetahuan uolls , kawan gua yg bela Demon tu dah ada pet baru krikkrik . SugarGlider ! Hehe , anam SugarGlider dia ialah "BabyLove & Fluffy" . Tadi gua menghabiskan masa gua dekat rumah dia lah , main dengan SugarGlider tu hehe . Happy gila lu tahu takkkk 





Setelah selesai bermain dengan SugarGlider tu , weolls pun bersiap untuk meronggeng krikkrik hehehe . Check it out my last pictahhhh


Ini gambar petang tadi khas di-snap untuk SiGemuk gua kehkeh . 

Blog gua ni dah macam tumblr pun hadoooo . Suka hati lah , gua nak tayang binatang-binatang sekeliling gua :D , hehe byeolls 


Friday 16 November 2012

Lima Belas November


Eh , kenapa dengan Lima Belas November ? 

Actually , semalam aku berjumpa dan meronggeng dengan kawan aku dari JB nama dia Wanie . Dulu , dia stay di Kuantan . Weolls kenal pun sebab masa primary school , sekolah sama . Lepastu masa pertengahan standard 5 , dia pindah ke JB . Bertahun jugak tak jumpa & akhirnya masa tahun 2010 waktu tu weolls form 2 . Masa tu pun sebab dia balik kuantan dan mama dia buat open house rumah dia dekat kuantan ni .



Tapi . . . . . . . . . .



Selepas tahun 2010 tu , weolls tak jumpa dah . Bukan taknak , tapi kadang-kadang bila dia datang Kuantan , aku takde . Biasalah  wanita busy kan , so memang banyak sangat halangan untuk mempertemukan kami tu . Cewah , rasa nak penampar je ayat . 

Nak dijadikan ceritanya , aku ni nak pergi tengok cerita "IstanbulAkuDatang" . Tapi aku taktahu nak tengok dengan siapa . SiGemukKesayangan pula tak sihat . Jadi , semalam punya semalam , aku dapatlah satu text dari si Wanie ni . Masa tu dah malam , tapi yang happy gila vabi like there's no tomorrow tu sebab dalam text tu dia cakap dia otw ke Kuantan . Woiiiiiiii siapa tak happy kan , nak dekat 2 tahun tak jumpa tahu tak ? ? ? Aku pun apa lagi , ajak dia tengok cerita "Istanbul bla bla bla" tu kan . Dia pun belum tengok lagi . Berbahagia lah weolls .

Esoknya , tepat pukul DUA BELAS TENGAHARI , haa caps lock lagi youuuu . Haaa , sambung , tepat pukul 12 tu , wanie ni text aku yg dia dah siap . Dia excited gila hahahaha . Tengok , aku dah syok sendiri gelak seorang diri . Bapak aku yang hantar weolls pergi meronggeng . Memang happy gila lah kan jumpa , macam monyet dapat pisang tahap kegembiraan aku tu . 

Cerita tu memang best , lawak gila sumpah 

 Kemain lagi cerita gua kehkeh .


Haa , bercerita sakan bukan main . Sekarang ni , gua nak tayang gambar . Biasalah kalau 2 tahun sekali jumpa . Bergambar terover-over lah kan . Gua nak tayang gambar ni jeng jeng jeng , kalau taknak tengok pejam mata uolls . . .


 

Ini lah Wanie Dafri ye . Masa ni weolls tengah mengembungkan perut dekat Johnny's .


Haa , ini kira gambar pertama weolls lah . Nampak tak masih sopan tu ? Kehkeh


Belang nya dah muncul di situ ye , harap jangan muntah menengoknya .


Ini , gua bagi uolls sinar ultra camera . Ter on flash lah pulakkan masa ni . GoodDog-GoodDog 


Eh , awesome nya kahkah . Nampak tak ke-boring-an di situ

Gambar-gambar tu semua masa weolls dekat SooopppingMall . Aku balik rumah Wanie dulu , lepastu Ucu(MakCik gua) aku ambil dekat situ . Bukan terhenti di situ sahaja gambar ye kehkehkeh . . . . .



Masa dekat rumah Wanie ni , gua nak balik dah . Sedih tahu takkkkkk ? !


Ini permainan gambar okay . Nampak aku gemuk sangat , bengong betul . Eh eh ada satu lagi !


Gambar ni dari tab Wanie . Terserlah ke-pau-an pipi weolls di situ ye

Hehehehe , habis dah gambar . Sedih sebelum nak balik tu . Sebab mungkin lepas SPM lah kan weolls boleh jumpa semula . Lagipun Wanie sekolah berasrama penuh dkt KayyyElll . Jadi , memang susah nak jumpa lah kan tambah lagi weolls ni Form5 next year . Perjumpaan seterusnya ialah after SPM lah mungkin . Kalau ada rezeki dan panjang umur lah . Gua pulak yg akan pergi rumah dia insyaallah . . .


Aida ;)

Thursday 15 November 2012

Hello

Assalamualaikum :)

Gua dah lama tak ber-blogging ni , and at last taktahu angin apa serang badan , tiba-tiba gua rasa nak ber-blogging semula using new account . So , hey guys :D