Teng Teng Teng Teng Teng . . . . .
Semalam iaitu 20/11/2012 , aku ini ada class deco-deco . Deco apa ? Deco cupcakes lah lebih kurang . Sebelum pergi tu , aku dah siap masak nasi lemak & meehoon goreng untuk breakfast . Sebenarnya aku dah lambat nak ke rumah cikgu deco tu sebab aku keluar dari rumah dalam pukul 9.30 pagi . Hati ke ber dup dap dup dap . Luolls tahu tak sebab apa ? Tahu tak ?! Jeng jeng jeng . . . . .
Sebab
Cikgu deco itu ialah Mama kepada SiGemuk hahaha ._____. Sebab dah lama tak jumpa kan , tulah pasai dup dap dup dap . Aku bawak NasiLemak sebagai pengeras , amboi-amboi haha . Sesampainya aku disitu haaa , mama dia lah sambut kan . mama dia makan dulu , lepastu barulah start kelas bersama Aunty . Aku diberikan pen dan kertas untuk salin resepi . Aku ni pun memang bangang , nak belajar tapi tak bawak pen dengan notebook macam otak ni boleh ingat semua benda lah kan . Setelah selesai menyalin resepi , aku dan Aunty pun start memutar buttercream sebab nak deco memang sesuai guna buttercream lah kan .
Aku nak belajar dengan Aunty sebab Aunty kira dah expert . Aku ni terkial-kial lagi . Nak pergi class deco tak berkesempatan . Nasib lah belas ihsan Aunty , dia tolong ajar aku . Mula-mula tu , buat deco macam biasa . Yang paling susah tahu tak buat apa ?! Tahu tak ?! nak buat roses .____. Orang lain buat roses kembang dan mekar , dapat ke aku , roses kuncup . Tapi cantik okay . Roses style terbaru aku sorang boleh buat kehkeh . Masalah aku ialah , tangan aku asyik tak betul , sepatutnya position 45 darjah , tapi tangan aku entah berapa darjah .
Bak kata Aunty , kalau si Meer ada ni mesti dia cakap aku bengong haha . Aunty tak sampai hati nak cakap ye krik krik . Tengah-tengah melatih tangan buat bunga tu . . . . Aku dengar derap langkah orang turun tangga . Sebelum tu dah dengar dah bunyi pintu tutup-buka-tutup dekat atas . Aku dah dapat agak siapa nak turun . Berdebar gila sebab dah 2 minggu tak jumpa hahaha , over is over . Aku tak toleh belakang pun masa dia dah sampai bawah dan masa dia bercakap dengan Aunty .
Last-last gua yang sopan ni , terasa kaki kerusi ditendang . Hamboi , biadap sungguh . Tapi tu jelah cara-cara kami memulakan komunikasi kan haha . bila gua kalis muka , ceh , nampak lah si dia sedang pakai baju warna oren dah siap mandi . Bagus bagus . Aunty cakap dekat dia , bunga aku tak kembang , asyik kuncup je . Biasalah , dia kan perasaan tahap tak ingat dunia . Dia ambik piping bag dari aku , lepastu buat bunga . Tapi jangan nak terkejut sangat lah kan . . . . .
Dia punya JADI roses kembang cuma tak cantik lah kan hahahahaha , itu ayat mama dia . Aku punya walaupun kuncup , tetap cantik okay . Lepastu dia berambus get lost ke hospital , ambil kereta dekat papa dia . Mama dia pulak pergi ambil Tasya dekat mgs . Aku pulak ? Duduk rumah dia sambung practise . Haa , masa mama dia dah balik tu , mama dia cakap "Aida , pergi je lah pilih pewarna tu . Lepastu deco dekat cupcakes lepastu ambil gambar" hahaha . Mama dia siap bagi buku lagi suruh aku ikut deco dalam buku tu kan .
Tapi , aku ni sebenarnya dah fedup gara-gara bunga . Aku pun konon-konon dah expert ni , cakaplah , "takpelah aunty , aida sambung practise dekat rumah je" . Biasalah remaja kan , cepat fedup hahaha . Lawak sangat ke bengong yang aku gelak ni .__." . Bila dah tiada apa-apa nak buat , aku pun tengok mama dia meng-crepe . Tahu tak apa ? Kalau taktahu pergi google . Memang marvellous DurianCrepe mama dia . Superbly awesome . Ini haa
Ini lah crepe yang belum di isi filling Durian . Gua tengah menghadap mama dia buat crepe lah masa ni . Semerbak bau durian , sedapppppp
Untuk tidak melengahkan masa lagi , Aku pun membuka peti ais dan mengambil satu DurianCrepe . Aku taktahulah muka aku ni menikmati gila ke apa hahaha sebab ayat Mama SiGemuk cakap dekat adik SiGemuk (Tasya) macam ni "Tasya , tengok muka Aida makan . Tengok tengok" hahaha . Tapi sumpah nikmat , sedap . Seriously . Tapi tak boleh selalu makan untuk orang-orang yang dah berumur ye , tak memasal karang bp anda-anda semua meningkat . Kehkeh
Inilah superbly awesome DurianCrepe
Serious lain dari yang lain sebab Aunty dah ubah resepi ni , dah tak muak . Sangat sedap . Kalau orang lain yang jual tu , most of them ikut resepi yang dapat dekat kelas . Yang guna "5 Jenis Tepung" ohemjay . Yang ni guna "2 Jenis Tepung" je tapi sedap gila tak cukup satu makan . Kalau jual ni , memang masyukkkkk . Sebekas ada 6 pieces-RM10 . Aku tengok tempahan aunty , sehari tu ada dalam 30 bekas . Ada RM300 sehari . Koo hadoooo ? Kaya aku kalau jual hahaha , Aunty pun suruh aku buat benda ni dan jual sebab memang masyuk lah .
Panjang lebar cerita aku . Kalau real life ni , sekejap je dah habis aku ber story-mory . Bye olls :D